Blinds dah beli, utk ruang kt tangga dgn tingkap kt bucu ruang tamu. Aritu beli blinds dkt satu kedai ni kat Puchong brand 'Baagus'. Memang bagus! Dia tengah clearance stock. So some design dia jual murah2 je. Untuk 4kaki lebar kali 6 kaki tinggi cuma RM 99 ataupun RM 135. Ade 2 jenis design.
Memang paling murah setakat ni survey2. Bila bgtau maktok tempat kitorg beli tu, maktok pon nk beli jugak. So, kitorg pegi lagi sekali bwk maktok plak...hehehe
Posing sikit kat kedai tu ;)
Grill dh tempah, cuma tunggu siap je. Untuk design, kaler dan detail grill ni.. akan diupdate di kemudian hari.. hehe
Ok sebenarnya nk cerita pasal anak ibu yang sorg ni, princess Sofea Umaiza. InsyaAllah budak bijak ni nanti jadi doktor ye. Amin.
One day, Sofea ni bgn2 tdo xberbunyi nangis ataupun ape, turun tangga slow2 jer.. siap bwkkn turun botol susu dia ngan botol kakaknye skali. Very good girl!
Nak jugak post gambar ni walaupon background tak berapa indah ;p
Muka budak kecik ni kalau baru bgn tdo, mata pon kecik je.. tp mesti senyum simpul!
Then ada satu hari ni, lepas abah basuhkan ber*k Sofea, abah mintakla Sofea tolong gantung tuala. Sekali tengok dia g sangkut kat kusi kecik dia nih..hahaha..yela mana la dia sampai nak sangkut kat kusi besar tu.. Nih mmg ikut perangai abah ni.. Suka sangkut tuala kat kusi mana2.. Tgok, kan anak dh ikut.. huhu
Hasil kerja Sofea bila abah mintak sangkutkan tuala.. hehe comel!
Yang ni pulak cerita princess Damia. Kakak Damia ni sesuai jadi Engineer ataupun Professor. Huhu
Sekarang ni tgh potty train Damia. So, ibu dgn abah ni tak brenti2 la asik dok tanya, "Damia nak kencing tak?"
Comel kan dua budak kecik ni..
(picture taken at Ad-Dhiafah yang belum bukak kedai makannya..huhu)
Rupenye Damia dh naik muak kot asik kne tanya jer..hahaha
Satu hari tu abah citer, ms kt nurseri nak amik Damia ngan Sofea... Abah tanya "Damia nak kencing tak?" Damia jawab, "Tak"
Tapi sbb lepastu plan nak gi mkn, so abah suruh la cgu Ain bawakkan jugak gi toilet bg Damia kencing. Lama mencangkung, Damia tak kencing2. Then Cgu ain pon tanya la, "Nape Damia tak kencing?"
Dengan muka tensen dia jwb, "Kan Damia dah kata Damia taknak kencing, Damia taknak kencingla.."
Hahaha..
Lepastu, abah bawak dua2 budak bertuah ni gi amik ibu kat opis then nak gi makan. Abah tanya lagi, "Damia nak kencing tak?"
Damia jawab,"Berapa kali Damia nak ckp, Damia taknak kencing..Damia taknak kencing laa...aishhh!"
Hahahaha...
For certain org, maybe anggap mcm rude..tp for me its kinda cute, if u hear her voice and see her mimics la..muka tensen gila!
Tp Damia memang garang ckit pon..huhuhu
Damia ngan Sofea dpt tabung Hello Kitty baru.
Sofea tengah gigih masukkan duit syiling dlm tu.
Rupenye skill tu dia dah ade tanpa ibu perlu ngajar mcm kak Damia dlu :)
Apepon, sayang sangat dengan dua2 anak ibu ni.. Semoga dua2 jadi anak yang solehah dan dapat doakan untuk kebaikan ibu dan abah nanti..Amin.
Hmm.. Isnin ni bday abah.. Surprise ape kita nak wat ye...? Hmm...